Saturday, July 4, 2009

Membuang Malathion dari Buah-buahan

Anda pasti selalu membeli buah-buahan di pasaraya atau pun di gerai-gerai yang terletak merata-rata di Malaysia. Namun tahukah anda bahawa hampir kesemua buah-buahan yang dijual telah disembur dengan racun Malathion untuk mengelakkan dari serangan serangga perosak. Anak-anak kita selalu melakukan kesilapan terutama ketika ingin makan epal atau anggur dimana ada diantara mereka hanya mengelap buah tersebut dengan kain sahaja dan yang paling teruk sekali dengan baju yang mereka pakai sahaja. Ianya tidak akan membuang racun serangga yang ada melekat dibuah tersebut. Racun yang ada ini amatlah merbahaya jika diambil berterusan.

Untuk memastikan buah-buahan yang anda beli bersih dan selamat dimakan, anda boleh menggunakan ubat gigi seperti Colgate untuk membasuhnya sampai bersih tanpa merosakkan buah-buahan tersebut. Buah-buahan seperti epal, lai dan anggur memang sering diselaputi oleh racun Malathion.

Buah anggur yang diselaputi racun Malathion

Serbuk racun banyak melekat disarung tangan


Rendam dan basuh anggur bersama dengan Colgate dan gunakan sarung tangan getah

Anggur yang telah dibasuh hendaklah ditoskan air basuhannya agar kering

Buah anggur yang telah bersih dari racun dan lebih selamat dimakan

Bas Sekolah

Jepun merupakan sebuah negara maju yang amat mementingkan masa. Bagi mereka masa adalah terlalu penting. Memandangkan pentingnya masa, mereka telah melengkapkan bas sekolah mereka dengan peralatan komputer yang canggih untuk kegunaan pelajar-pelajar ketika perjalanan ke sekolah agar dapat memanfaatkan masa sambil menunggu sampai ke destinasi.





Berlainan pula di negara yang kurang maju seperti di Pakistan. Sekurang-kurangnya kita patut bersyukur dengan kemudahan yang ada pada pelajar-pelajar kita walaupun tidak setanding Jepun

Kenderaan yang digunakan untuk menghantar anak-anak ke sekolah Di Pakistan

Thursday, July 2, 2009

Jabar in Action 2 - My favourite nephew

video

Monday, June 29, 2009

Happy Birthday Syauqy

Nothing much happening lately. Been busy with my forexcafe. Not enough time to spare updating my blog. Anyway, last Saturday was my son's birthday Syauqy aka Coki. Simple celebration among us in a family with doa selamat and pulut kuning. Thanks to my wife for all her efforts.
Pulut Kuning specially made for Coky.

Coky and his pulut :-)

In the afternoon I brought my family back hometown to visit my mother. Its quite a while I have not met her. We spend some times cleaning mum's house and looking for manggosteen


Coky has to climb the trees to get some ripe manggosteen

Dila never want to miss eating durians



Coky and wife helped cutting some trees


Me cutting some of the rambutan's tree branches

Me infront of Ateh's chalet. He is doing some renovations.Believe it or not......he build the chalet by himself.

In the evening we went to Jeram Tengkek.........the last time I went there was 15 years ago. A lot of changing with chalet and ample parking space availables. I snap some photos of the place. Not bad for visitors to relax and even if you are lucky, you can even eat free durians there. Just wait for the durians to fall from the trees avalaible around the place.
Along saw some fishes swimming in the water


Durian trees with lots of fruits waiting for lucky visitors

Ateh can't wait to feel the cold water to wash his face

My wife and Ateh


View of the Jeram Tengkek

Clear sparkling water


Chalet at the Jeram

Some visitors enjoying the cold spring water


Waterfall at the Jeram

Wild palm tree at the Jeram


Wednesday, June 24, 2009

Real Ass

Ini yang bakal terjadi bila rakyat tidak ada rasa hormat pada pemimpin. Hopefully rakyat Malaysia tidak akan melakukan perkara yang serupa pada PM kita atau mana-mana pemimpin Malaysia.......or maybe worst? Pemimpinlah yang kena menentukan samada rakyat akan menghormati mereka atau sebaliknya.And don't blame the rakyat bila tidak dihormati, sebab kan pemimpin semua ni sebenarnya dipilih oleh rakyat, bukan boleh naik sendiri.......macam kata Nabil pelawak tu..."sendiri mau ingatlah!!"

Agak-agaknya pemimpin yang angkuh dan sombong ni faham ke tak yang mereka ini anytime boleh ditendang keluar? Tak kisahlah samada pemimpin dalam parti BN ke, PKR, PAS atau DAP.......please remember this. ONLY ALLAH SWT THE GREATEST! And we fear only Allah SWT, not anyone of you so called "pemimpin". So jagalah amanah yang telah rakyat beri.

video

Tuesday, June 23, 2009

Prevent H1N1

Just listen to this song and you will find ways to prevent H1N1 from spreading. Enjoy and learn something while watching the video. You can make a different. Avoid getting infected with H1N1 aka Swine Flu.

video

Monday, June 22, 2009

Al-Fatihah

Untuk kenalanku Saudara Shahril bin Tuan Hj Yusoff, meninggal pada malam 21hb June 2009. Jenazah telah disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid UIA Petaling Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kiara, Petaling Jaya. Aku hanya sempat ke masjid untuk sama-sama menyembahyangkan jenazah Allahyarham.

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day

Received a phone call from my daughter Dila, wishing me a happy father's day. Thank you so much for calling me. And today I received another phone call from someone whom I didn't know wishing me a happy father's day, and he claimed he is representing one of my children. When I asked him which one, he declined to answer and told me I should have known which one. Its not difficult to guess, since only Farid has not call me yet. It could be him......always trying to do something different. Anyway, I appreciated all his effort.

This evening, while checking my email, a suprised from my other son, Coky, sent me an e card. Wow...that was very thoughtful of him. Thank you again and I am really proud being their father. Thank you my children. I love you all............



e Card from Coky

Membongkar Rahsia Keajaiban Habbatussauda



Apa itu Habbatussauda?

Nama biologinya adalah Nigella Sativa. Di Eropah ia dikenali sebagai “black seed” atau “black cumin”. Di Malaysia dan Indonesia pula, ia dikenali sebagai “jintan hitam”. Manakala di Mesir , ia lebih dikenali sebagai “Habbah Barakah”(kerana keupayaannya mengubati berbagai jenis penyakit, Barakah di dalam bahasa melayu bermaksud rahmat). Ramai yang mengatakan habbatussauda adalah penawar bagi segala penyakit di mana ia boleh merawat lebih daripada 50 jenis penyakit. Ia juga telah digunakan secara meluas sebagai ubat untuk merawat berbagai jenis penyakit semenjak 2000 tahun yang lalu.

Benarkah Habbatussauda merupakan penawar bagi segala jenis penyakit?

Terdapat banyak kajian perubatan lama dan moden telah dibuat untuk mencari sejauh mana kebenaran kenyataan ini. Di dalam Kitab At Tibbun Nabawi (Pengubatan Cara Nabi yang ditulis oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah), menyebut bahawa habbatussauda dapat mengubati 50 jenis penyakit tanpa memberi kesan sampingan.

The Journal of American Scientist melaporkan Habbatussauda bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) dan bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan.

Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati habbatussauda atau Habbah Sauda mengandungi betasitosterol iaitu bahan untuk anti kanser yang berkesan.

Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa habbatussauda berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.

Seterusnya, terdapat sebanyak 14 hadis sahih yang menceritakan kehebatan dan kelebihan Habbah Sauda antaranya adalah:-

Dari kitab As Shahihain dari Abu Salamah RA dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “gunakan Habbah Sauda kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala macam jenis penyakit kecuali As sam (maut)” HR Bukhari.

“Sesungguhnya, Habbatussauda dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam. “Saya bertanya: “Apakah as-sam itu ?” Baginda menjawab: ‘As-sam iaitu maut !” ( Riwayat Bukhari )

“Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasullah S.A.W telah bersabda : ‘Pada Habbah Sauda terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam.”

Adakah Habbatussauda itu penawar bagi segala penyakit?

Melalui pengalaman para pengguna pula yang menggunakan habbatussauda sebagai ubatan tambahan, mereka mendapati habbatussauda dapat mengubati bermacam-macam penyakit antaranya :-
• anticancer (pencegah kanser yang berkesan)
• antihistamine (pencegah alahan)
• antioxidant (pencegah kerosakan sel)
• antibiotic (pembunuh kuman)
• antimycotic (antikult)
• bancho-dilating effect (pengembang saluran pernafasan)
• masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang
• memperlancarkan keluarnya kencing
• memperlancarkan darah haid
• melancarkan pengeluaran susu ibu.
• masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan
• mengeluarkan angin dari perut
• menambahkan ghairah seks
• masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks
• masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat
• masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis
• masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi / rendah
• masalah mental - meningkatkan kecergasan minda
• masalah tulang / sendi - gaout, arthritis dan reumatima
• kencing manis, alergi, migrain dan lain-lain

Rasulullah S.A.W telah mengesahkan kehebatan dan keajaiban habbatussauda dan menyarankan kita menggunakan habbatussauda untuk merawat bermacam jenis penyakit. Pembongkaran yang dilakukan oleh ahli ilmuwan dan ahli perubatan juga mengesahkan keajaiban dan kebaikan habbatussauda.

Oleh itu, tidak perlu untuk kita mempertikaikan lagi tentang kebenaran dan kesahihan bahawa habbatussauda adalah penawar segala penyakit.

KAMI JUGA SEDIA MEMBEKALKAN HABBATUSSAUDA UNTUK SESIAPA YANG INGIN MEMBELI, SAMADA SECARA RUNCIT ATAUPUN BORONG. SILA EMAIL UNTUK MENEMPAH

Khasiat Limau Bali


Buah limau bali bermanfaat bagi kesihatan. Kandungan pektinnya lebih banyak dibandingkan dengan limau jenis lain. Pektin inilah yang dipercayai mampu menurunkan kolesterol sekaligus mengurangi risiko sakit jantung.

Hampir semua orang kenal buah limau bali. Isi buahnya yang segar dan banyak mengandung air, boleh terus dimakan setelah dikupas atau sebagai campuran salad maupun rojak.
Buahnya yang berwarna putih (ada yang merah) dapat dijadikan manisan setelah dibuang bahagian kulit luarnya yang banyak mengandung kelenjar minyak. Di Vietnam, bunganya yang harum digunakan untuk membuat minyak wangi ( perfume ). Bukan hanya itu, kayunya juga sering dimanfaatkan untuk membuat perkakas alat dapur.

Buah limau bali amat bermanfaat menurunkan kolesterol dan melawan penyakit jantung.Selain itu, limau bali juga baik untuk kesihatan gusi kerana kadar vitamin C-nya tinggi. Hal ini dibuktikankan oleh pengkaji di Universiti Friedrich Schiller, Jerman, yang menemukan kaitan kesihatan gusi pada mereka yang banyak makan buah limau bali.

Penelitian melibatkan 58 responden yang mengalami kerosakan gusi yang cukup parah. Kenyataannya, limau bali membawa kesan positif setelah dimakan setiap hari selama dua minggu. Bahkan, kesan positif itu juga berlaku bagi perokok maupun bukan perokok. Seperti diketahui merokok adalah salah satu penyebab utama kerusakan gusi.

Manfaat lain limau bali, ianya mampu membersihkan sel darah merah yang telah tua di dalam tubuh dan menormalkan hematokrit (percentage sel darah per volume darah). Sekaligus sebagai sumber antioksidan bagi penyakit kanser.

Selain dimakan buahnya, limau bali sering diolah dalam bentuk jus. Semasa membuat jus, anda boleh mencampur limau bali dengan bahan atau buah lainnya, sehingga rasanya jadi lebih nikmat.




#Sumber vitamin C dan menurunkan kolesterol

Makan dua "ruang" (ruang dalam buah) limau bali ukuran sedang setiap hari untuk mendapatkan manfaatnya secara maksima.

#Minuman antioksidan dan antikanser

Ambil satu buah limau bali ukuran sedang yang telah dikupas dan dibuang isinya. Masukkan ke dalam blender, tambahkan air secukupnya. Boleh juga ditambahkan satu sudu teh madu dan buah lainnya seperti mangga atau pir.
Cara lain, ambil satu buah limau bali ukuran sedang yang telah dikupas dan dibuang isinya, dan 1 cm halia yang telah dibuang kulitnya. Masukkan seluruh bahan tersebut ke blender dengan ditambah sedikit air.

#Manisan

Potong-potong bahagian kulit limau bali (kulit luarnya dibuang) berbentuk kiub, rebus dengan api kecil selama 60 minit. Buang air rebusannya, tapiskannya, lalu ditimbang. Siapkan gula pasir sama beratnya dengan berat kulit limau yang telah direbus.
Masukkan kulit limau bali yang telah direbus dalam periuk, tambah air hingga terendam seluruhnya, tambahkan gula pasir. Rebus di atas api kecil sambil sesekali dikacau sampai menjadi sirap pekat. Angkat, biarkan kulit jeruk tetap terendam dalam sirap semalaman.
Esoknya, masak lagi di atas api kecil hingga sirap gula hampir habis. Keluarkan kulit limau dari sirap, hamparkan di atas nyiru, jemur hingga setengah kering. Potong-potong kecil panjang, masukkan ke dalam bekas tertutup. Agar tahan lama (1 bulan), simpan di dalam almari.

Selain dimakan begitu sahaja, manisan kulit, limau bali boleh dicampurkan ke dalam adunan kek, terutama untuk menggantikan manisan yang lain atau kulit liamu purut. Manisan kulit limau yang dicampur manisan kering buah-buahan akan memperkaya cita rasa fruitcake.

#Campuran salad buah
Siapkan 200 gram betik, 200 gram epal, 200 gram nenas, 200 gram tembikai (semuanya dipotong dadu), dan limau bali ukuran sedang yang telah dikupas, dibuang isinya, dan dipotong-potong sesuai selera. Tambahkan strawberi dan buah kiwi untuk hiasan.
Siapkan juga bahan dressing, campuran aprikot yang telah diblender halus dengan mayonis. Tambahkan empat sudu madu, kacau dengan mixerr sampai rata, tambahkan air secukupnya, lalu diadun sehingga rata. Bahan buah segar diatur dalam mangkuk atau piring, kemudian disiram dengan dressing.

Perokok juga dianjurkan untuk makan buah limau bali dua "ruang" (ruang dalam buah) setiap hari. Peningkatan kadar vitamin C di dalam darah mampu memperbaiki jaringan yang rosak, bahkan kanser, disebabkan ketidakstabilnya molekul radikal bebas kerana rokok dan polusi udara.

Saturday, June 20, 2009

Amalina n Zahirol

Hari ini Ina n Zahirol anak buah aku from Manjong, Perak datang lunch kat rumah.Bapa dan mak mertua aku pun ada sama. Then Ana adik ipar aku dan anak-anak dia join sekali. Seronok bila lunch ramai-ramai. Ina masih menuntut lagi di Universiti kat Bintulu Sarawak dan Zahirol di Politeknik Perak. Kedua-dua ini memang rapat dengan kami dari kecil lagi.


Ana adik ipar aku
Bapa n mak mertua aku ready nak balik ke kampung
Ramai-ramai tengok video Jabar dalam blog "whateverlah".
Me,Ina n Zahirol
Amalina




Semua dah ready nak balik

Malam pukul 8-30 aku hantar Ina dan Zahirol ke Terminal One bus station untuk balik ke Manjung.Insyaallah, semoga dapat berjumpa lagi

Ina n Zahirol dalam bas

Thursday, June 18, 2009

Warkah buat ibu...

Renungilah luahan hati seorang anak yg ditinggalkan ibu..

Warkah buat ibu..

mak,
terlalu bosan rasanya duduk membilang hari,
dah sepuluh tahun mak pergi
rasanya baru semalam mak peluk kita kan
sejuk syahdu masih terasa lagi.

mak tau tak,
itulah pertama kali mak peluk anak mak yg nakal sejak kita dewasa
dan itu juga yg terakhir kalinya
eemmm..rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh
nak tinggalkan anak2 mak
nak tinggalkan dunia fana ini
mak macam dah sedia
seminggu sebelum tu, mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..
akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tu
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih
kakak pun rasa hairan..
mak tak pernah buat begitu..
lepas tu mak pasang radio kecil di sebelah mak
tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu
siaran siam..kadang2 siaran indonesia
mak terus menganyam..
rupanya tikar yg telah mak siapkan tu digunakan untuk
mengiringi mak ke kubur..

lepas tu mak sapu sekeliling rumah bersih2..
mak jemur karpet2..mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong
rupanya,di situ jenazah mak diletakkan
paling menarik sekali mak bagi tau
kat mana semua duit mak..
ada kat dalam almari..dalam beg..dlm ASB..dalam Tabung Haji pun ada
mak cakap tak cukup lagi ada dalam gulung tikar..
kita kata mak ni memang pesen lama la..
mak cuma gelak saje..
eemmm...bahagianya saat itu.

mak,
hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang
mak tiba2 sakit perut..
bila malam tu kita da sampai KL..mak dah dalam kesakitan..
akak & abang kat kampung semua dah pujuk..
mak tetap tak nak ke hospital
dan cuma tinggal giliran kita saja yg belum pujuk mak..
tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk,
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun tak terdaya..
sakit kami adik-beradik..
sepakat juga hantar mak ke hospital

mak,
ampun kan kami semua,
kami nak mak sihat..
kami sayangkan mak..
kami tak nak mak sakit
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital..
ampun kan kami ya mak.

mak,
malam tu abang bawa mak ke hospital
itu lah pertama kali dan terakhir kali
mak naik kereta kita
masih terbayang-bayang betapa ceria dan gembiranya mak..
kita kata nak beli kereta
mak asyik tanye saja..cukup ke duit?
kita jawab pula..kalau tak cukup...
mak kan banyak duit
mak gelak je..
lepas tu bila kereta dah sampai
mak buat kenduri kesyukuran
dan kita masih ingat lagi
bila kita eksiden terlanggar orang India naik moto..
punya la kita takut..kita warning kakak kita..
jangan sesekali bagi tau mak..
bila balik saje kampung..kite cepat2 simpan kereta dalam garaj..
tapi mak perasan juga bumper depan kemek..
mak tanye kenapa..?
selamba je kita cakap terlanggar pokok bunga..
mak..tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau..
maafkan kita kerana sampai mak pergi pun
mak tak tau hal sebenar..
mak..kita menipu mak..ampunkan kita..

mak..
jam 4.50 pagi 19/08/1999
bila tiba saja kat hospital..nurse tengah balut mak dengan kain putih...
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital..
mesti mak nampak abang cium dahi mak..
mesti mak nampak akak baca kan doa untuk mak..
mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut tu..
mesti mak nampak semua tu kan..
mak tau tak..
pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi
kita memandu dalam keadaan separuh sedar..
adik kat sebelah diam melayan perasaan..
kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini..

mak,
kita masih ingat lagi
kita baca Al-Quran kat tepi mak..temankan mak
jam 11.00 pagi mak dimandikan..
anak2 mak yg pangku mak masa mak dimandikan..
mak mesti rasa betapa lembutnya kami mengosok seluruh tubuh mak..
kita gosok kaki mak perlahan-lahan..
mak perasan tak..?
makcik yg mandikan mak tu pujuk kita..
dia kata 'dikk..jangan nangis..kalau sayang mak jangan buat begitu..
jangan nangis ya..'
bila makcik tu kata begitu..
lagi laa laju air mata ni..
tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak.

mak,
sampai takat ni surat kita tulis..
kita nangis ni..
ni kat dalam bilik..baru pukul 4.00 pagi
tak ada orang yang bangun lagi..
kita dengar nasyid tajuk 'anak soleh'
kita sedih..kita rindu kat mak..
tak pe la..nanti bila kita selesai solat Suboh..
kita bace yassin untuk mak..
mak tunggu ya..

mak,
sebelum muka mak ditutup buat selamanya..
semua anak2 mak mengelilingi mak..
menatap wajah mak buat kali terakhir...
semua orang kata mak seolah-olah tersenyum saje..
mak rasa tak..masa kita sentuh dahi mak..
kita rasa sejuk sangat dahi mak..
kita tak mampu nak cium mak..kita tak terdaya..
kita tulis kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar..
air mata kita tak boleh tahan..

jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah..
akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik
badan akak terasa panas..
mak..anak mak sorang tu demam..
mak tau..cuma akak sorang je anak mak yg tak mengiringi
mak ke tanah perkuburan..

mak,
hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi..
begitu terasa kehilangan mak..
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak
ni berendam air mata..
mak tau..kita cuba bertahan..
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda..
kita rase nak telefon mak..
nak cakap dengan mak..
anak mak yg ni dah tak betulkan..?

mak tau tak..di saat itu kerinduan terasa
menusuk sehingga ke hulu hati..
rase nyilu sangat..
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu
sakit dalam dada ni..
sampai sekarang ..bila kerinduan itu menjelma..
hanya setakat Al-Fatihah kita berikan..

mak,
cukup lah sampai di sini dulu..
akhir kata untuk mak..I LOVE U SO MUCH..
dan jutaan terima kasih kerana
membesarkan kita..
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk universiti..
sampai kita boleh rasa naik kapal terbang..
boleh rasa duduk kat negara orang..
sampai akhir hayat ini..
jasa mak tak kan mampu kita balas...

sekian terima kasih..


pesanan:

hargailah kewujudan mak kita
hargailah segala pengorbanan mak
berbaktilah selagi mereka masih hidup dan jangan sesekali membantah segala suruhannya yg baik, merendahkan suara ketika berbicara
ingatlah kita hanya ada satu ibu & satu bapa saja dalam dunia ini..dan sekiranya Allah menjemput salah seorang atau kedua-duanya,kita tak akan bertemu lagi dengan mereka sehinggalah hari kebangkitan nanti
doa anak2 yg soleh sahaja yg dapat meringan kan bebab seksa ibu & bapa kita..

posted by syauqy asraf fuad

Wednesday, June 17, 2009

Kasut Dari Kulit Babi

Membeli kasut di kedai memang perkara yang menyeronokkan. Ramai yang akan tertarik dengan design baru terutamanya jenama yang diimpot dari luar negara. Namun tidak ramai diantara kita yang peka tentang jenis kulit yang digunakan didalam pembuatan kasut atau sandal tersebut. Tanpa disedari terlalu ramai yang telah terbeli kasut yang diperbuat dari kulit babi. Oleh kerana terlalu taksub dengan kasut kulit berjenama yang diimpot,ramai yang memakai kasut dan sandal yang diperbuat dari kulit babi. Atas rasa tangungjawab dan demi menjaga maruah orang Islam, disini aku letakkan beberapa gambar dan cara untuk kita mengenali kasut dan sandal dari kulit babi. Moga ianya dapat membantu saudara seIslam aku.


Contoh corak kulit babi. Tiga titik.

Bahagian luar kasut nampak normal
Cuba perhatikan di bahagian dalamnya. Tiga titik menyerupai corak kulit babi

Sandal yang biasa dipakai oleh kaum lelaki
Perhatikan juga di bahagian dalamnya

Semoga kita semua akan lebih berhati-hati dari penipuan yang sentiasa dilakukan oleh musuh-musuh Islam.

Kerajaan Perpaduan

CADANGAN Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, mendapat anjakan daripada Presiden Umno dan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, hari ini.

The Star Online memetik Mohd Najib sebagai berkata yang dia boleh merasakan keikhlasan dalam saranan Pas untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Justeru itu, kata Perdana Menteri, Umno terbuka kepada perbincangan mengenainya.
Pada 5 Jun lalu, Abdul Hadi menyatakan hasrat agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di peringkat pusat demi pentadbiran negara yang lebih lancar.

Katanya Kerajaan Perpaduan yang merangkumi semua parti politik mungkin menjadi jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang kini melanda sistem politik negara.
Dia mendakwa bahawa rakan-rakan Pas dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR “telah bersetuju dengan cadangannya.”

DAN DS NAJIB TELAH MENYARANKAN AGAR SEMUA RAKYAT MENUKAR CARA KEHIDUPAN.......



FROM THIS....................



TO THIS........................



Lawa pulak bila DS Najib pakai cam ni....sebiji macam Hadi Awang......memang tepatlah kalau tubuhkan Kerajaan Perpaduan..

Tuesday, June 16, 2009

Bunga Jasmin

Pokok bunga Jasmin adalah spesis yang boleh kita jadikan pokok bonzai. Aku amat meminatinya kerana bau bunganya yang memang harum dan menyegarkan. Selain itu, warna putih bersih bunganya melambangkan keindahan dan kesucian. Untuk mendapatkan bunga yang penuh di dahannya, aku telah mempelajari satu teknik dari salah seorang kawan aku yang menjalankan perniagaan bunga di Petaling Jaya. Caranya adalah dengan membuang segala daun yang ada pada pokok Jasmin, hanya tinggalkan rantingnya sahaja. Selang beberapa minggu, daun baru yang lebih halus akan mula tumbuh bersama dengan kelopak-kelopak bunga.

Kelopak bunga yang belum kembang mula memenuhi setiap ruang rantingnya


Bunga Jasmin mula kembang dengan mengeluarkan bau yang amat harum



Bunga Jasmin yang telah kembang hampir keseluruhannya dan mampu bertahan selama seminggu.

Monday, June 15, 2009

Bila Dila dapat Durian

This is what happened when my daughter Dila ate durians. She really enjoys eating them. I stopped by in one of the stalls along the road while coming back from Pahang. She just can't have enough of durians :-)

One more durian....please........please...satu je lagi :-)

Lucky abg Farid went outstation he he he....

....and more luckier ayah can't eat a lot

Soooo nice......he he he

Be Careful what you eat in Indonesia

A GENTLE WARNING TO YOU GUYS OUT THERE. IF YOU EAT ANY CHICKEN FROM OUR NEIGHBOURING COUNTRY JUST BE CAREFUL. IT LOOKS YUMMY AND DELICIOUS, BUT DO YOU KNOW THAT YOU ARE EATING RATS. YA.... RATS! YOU SEE HOW THIS PEOPLE CREATE SOMETHING THAT LOOKS SIMILAR TO THE FOOD THAT WE EAT EVERYDAY. BELOW IS SOME PHOTO TO PROOF THAT HOW THEY PROCESS THE RAT INTO A CHICKEN. SO BE CAREFUL WHEN YOU EAT CHICKEN.

These are widely sold in Bali, Jakarta, Batam and Tanjong Pinang.

Tikus yang telah mati
Membakar untuk membuang bulu tikus
Menyiang daging tikus
Tikus siap untuk digoreng

The end results really look like chicken.



More on Farhan's wedding

Thanks to Farouk for sending me all these photos. These are taken from a real expensive cameras, not like what I'm having........using hp :-). Can differentiate the qualities of the photos. Must get one then........who would like to sponsor??
Farhan n wife.....can't imagine he is already married... so no more noty-noty
Me n Farouk discussing on M'sian political issues......but this is not similar to the one happened in Perak......ADUN's meeting under the tree
Kissing my only daughter.......
Farouk strikes again....not satisfied with the current political situation n the Altantuya issues. Pak Uda so engrossed listening to Farouk. Don't worry Farouk, next General Election I will definitely vote for you then we can have more SPA around...he he he

Me n Acik Nora's son....Boy
Acik Nora n my wife

Sunday, June 14, 2009

Perkahwinan Farhan di Lancang, Pahang

On Friday 12hb June 2009 lepas je solat Jumaat aku n family terus bertolak ke Mentakab, Pahang untuk berkumpul di sana sempena perkahwinan my cousin Farhan. Kami kena bermalam di Mentakab memandangkan upacara akad nikah dilangsungkan pada hari Jumaat selepas Isya'. Manakala majlis perkahwinan akan dilangsungkan pula pada hari Sabtu. Thank you to Acik Nora for sponsoring our penginapan kat Bukit Bendera Resort. Dapatlah kami sekeluarga menghilangkan penat. Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Farhan dan pasangannya. Semoga berkekalan ke akhir hayat.
My daughter Dila lena tidor dlm perjalanan
Sebahagian saudara yg telah sampai berkumpul di lobby hotel
Acik Nora menguruskan booking bilik ditemani oleh my wife
Pak Din aka Taiko' Pekan ;-)

Bersiap untuk ke Majlis
Farouk n boy
Bersedia hendak keupacara akad nikah Farhan ( Coky, Dato'Nizar (Pak Itam), Bob, Ikram n Boy )
Semua still single n available :-)

Pasangan pengantin bergambar bersama Ibu (auntie Mem) dan ayah ( Pakcik Adik)
Pengantin bersama emak-emak saudara pengantin lelaki yang hadir. (Mak Teh,Mak Long,Mak Ndah,Mak Yang,Acik Nora,Mak Chu dan Auntie Mem )
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Selesai majlis kami sekeluarga terus bertolak balik ke Seremban. Dalam perjalanan terjumpa pulak orang jual jambu madu.
Dila tak sabar memilih jambu madu
Ni wife aku cuba nak jadi quality control pilih mana buah yg elok
Dila happy dapat baju baru :-)
Dila and coky happy dalam perjalanan balik......perut dah kenyang lah tu :-)

Thursday, June 11, 2009

New Word.....



newwordindictionary

dictionary-stack4

Cambridge announced the publication of 3 dictionaries for Malaysian markets, recently.

Included in the Learner’s edition are some of the new words approved by Dewan Bahasa Dan Pustaka, one of which is “Altantuya”.

However, sources said these books may be pulled off the shelves soon as Najib, the new Prime Minister of Malaysia, has issued an order to ban these publications.
Courtesy of :http://myconnectionsv2.blogspot.com